Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia|Rakan Alam Sekitar (RAS)

JAS TERENGGANU BERJAYA MENGANJURKAN PROGRAM TANAM POKOK DENAI SUNGAI KEBANGSAAN (DSK) SEMPENA SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2021-JAS TERENGGANU

Oleh za · 24/09/2021 · 0 paparan

Kuala Terengganu, Terengganu, 5 September 2021- Program Tanam  Pokok Denai Sungai Kebangsaan (DSK) Tahun 2021 dianjurkan bersempena Sambutan Hari Ozon Sedunia 2021 yang bakal disambut pada 16 September 202.  Program ini  telah dihadiri oleh Yang Berhormat Mulia Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, ADUN Ladang bagi menyokong usaha-usaha KASA dalam program penganjuran ini. Kehadiran Yang Berhormat Mulia di lokasi telah disambut oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah JAS Terengganu  bersama-sama  dengan Timbalan Pengarah, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Encik Mohd Norli bin Abdullah. Turut hadir adalah wakil daripada Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Perhutanan Negeri. Program DSK ini merupakan inisiatif Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA) bagi mengubah imej masyarakat setempat sebagai orang yang bertanggungjawab dalam menjaga dan memelihara denai sungai dan seluruh ekosistem sungai kita. Kewujudan denai di sepanjang sungai atau badan air akan menggalakkan aktiviti berasaskan alam sekitar, seperti berkelah, memancing dan berbasikal dalam kalangan komuniti setempat, sekali gus menghalang pihak tidak bertanggungjawab menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sisa yang akhirnya menyebabkan pencemaran. Program DSK sempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2021 ini juga bertemakan “Keeping us, Our Food And Vaccinate Cool” . Objektif sambutan ini adalah untuk memastikan kelestarian dan keindahan sungai, sekali gus mengawal aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran, mewujudkan rasa   pertanggungjawaban di kalangan pelbagai pihak, menggalakkan aktiviti berasaskan alam di kalangan komuniti setempat dan  merangsang aktiviti yang berteraskan ekonomi seperti ekopelancongan sungai. Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mendapat kelulusan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menganjurkan program  DSK ini secara norma baharu dalam skop dan  konsep yang sesuai dengan keadaan semasa yang berada dalam tempoh berkuatkuasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 sejak 5 Julai 2021.  Pelaksanaan program ini telah mematuhi sepenuhnya SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).  

Penganjur
DOE Terengganu
Fail / Media (17)
  • 20231511172100242.jpg .jpg Buka
  • 20231511172100441.jpg .jpg Buka
  • 20231511172100889.jpg .jpg Buka
  • 20231511172101030.jpg .jpg Buka
  • 20231511172101153.jpg .jpg Buka
  • 20231511172101242.jpg .jpg Buka
  • 20231511172101389.jpg .jpg Buka
  • 20231511172101512.jpg .jpg Buka
  • 20231511172101622.jpg .jpg Buka
  • 20231511172101763.jpg .jpg Buka
  • 20231511172101921.jpg .jpg Buka
  • 20231511172102028.jpg .jpg Buka
  • 20231511172102174.jpg .jpg Buka
  • 20231511172102329.jpg .jpg Buka
  • 20231511172102490.jpg .jpg Buka
  • 20231511172102593.jpg .jpg Buka
  • 20231511172102747.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS