Oleh charlie · 27/09/2021 · 0 paparan
15 September 2021, Bintulu – JAS Cawangan Bintulu telah melaksanakan Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) Peringkat Bahagian Bintulu bersempena dengan sambutan Hari Ozon Sedunia tahun 2021. Objektif program ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar disamping tindakan pencegahan pencemaran secara <em>nature-based</em>. Pengisian program tersebut adalah aktiviti gotong-royong mengutip sampah dan pengukuran kualiti air secara in-situ di hilir Sungai Seruai di Bintulu, Sarawak. Seramai 20 orang peserta telah terlibat menjayakan program ini terdiri daripada kakitangan JAS Cawangan Bintulu dan wakil premis di kawasan Perindustrian Tanjung Kidurong. Hasil daripada aktiviti gotong-royong telah berjaya mengumpulkan kutipan sampah-sarap seberat 100 kg yang kebanyakan adalah botol minuman plastik dan polystrin bekas makanan. Program ini telah dijalankan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup