Oleh charlie · 16/07/2021 · 0 paparan
Petronas Dagangan Berhad (Sarawak Region) menerusi Bintulu Terminal LPG Plant dengan kerjasama JAS Cawangan Bintulu telah mengadakan kempen HSE secara atas talian pada 24 Jun 2021 bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2021 bertemakan "Pemulihan Ekosistem". Objektif kempen ini adalah untuk memberi kesedaran awam mengenai inisiatif pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar dengan penglibatan dan kerjasama pihak swasta. Pengisian kempen melibatkan sesi ceramah bertajuk <em>Awareness On Plastic Pollution</em> yang telah disampaikan oleh Encik Abdul Mazli Hafiz Abdul Malik dari JAS Cawangan Bintulu. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Petronas yang bertugas di Terminal LPG Plant dan Aviation Fuel Terminal seluruh negeri Sarawak telah terlibat menghadiri sesi ceramah secara atas talian berkenaan.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup