Oleh charlie · 22/06/2021 · 0 paparan
Institut Kemahiran MARA Bintulu dengan kerjasama JAS Cawangan Bintulu telah menganjurkan satu seminar secara atas talian pada 15 Jun 2021 berkaitan pengurusan buangan terjadual di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2021 bertemakan "Pemulihan Ecosistem". Objektif webinar ini adalah untuk memberi pendedahan terhadap pengurusan buangan terjadual terutamanya buangan <em>e-waste</em>, minyak terpakai dan buangan kimia makmal dari institusi pengajian. Ceramah program ini telah disampaikan oleh Encik Abdul Mazli Hafiz Abdul Malik dari JAS Cawangan Bintulu dan disertai lebih kurang seramai 140 orang peserta terdiri daripada kalangan kakitangan Institut Kemahiran MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan pelajar-pelajar bidang TVET di bawah kursus HSE.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup