Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

SAMBUTAN HARI BUMI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2021-JAS TERENGGANU

Oleh za · 05/05/2021 · 0 paparan

SAMBUTAN HARI BUMI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2021 28 April 2021-Kuala Terengganu, Terengganu.  Hari ini Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan  Sambutan  Hari Bumi Peringkat Negeri Terengganu 2021 dengan tema “Pulihkan Bumi Kita”. Program Sambutan ini dimulakan dengan Ucapan Perasmian oleh YB Dr. Haji Alias bin Razak Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam SekitarNegeri Terengganu. Kemudian disusuli dengan Webinar Pengkongsian Ilmu Bersama Majlis Perbandaran Kemaman Mengenai Penubuhan Pusat Pengumpulan E-Waste  Di Negeri Terengganu dan seterusnya kempen secara fizikal dan secara live ke udara di rancangan Dimensi Manis, Radio Manis fm. Mengambil petikan ucapan YB Exco Alam Sekitar Negeri Terengganu dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, YBrs Encik Ramli bin Abd. Rahman, dengan penglibatan semua dalam program-program ini, terutamanya dari kalangan generasi muda memberi kita keyakinan bahawa usaha kita untuk mempertahankan persekitaran ini tidak sia-sia malahan kesedaran ini akan berkembang di kalangan masyarakat dan komuniti setempat.   Atas sebab ini, kita yakin  alam sekitar dengan  persekitaran semulajadi yang telah kita pertahankan akan kekal untuk generasi akan datang.

Penganjur
DOE Terengganu
Fail / Media (7)
  • 20231511171950745.jpg .jpg Buka
  • 20231511171950798.jpg .jpg Buka
  • 20231511171950847.jpg .jpg Buka
  • 20231511171950894.jpg .jpg Buka
  • 20231511171950934.jpg .jpg Buka
  • 20231511171950976.jpg .jpg Buka
  • 20231511171951020.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS