Oleh aidil · 19/11/2020 · 0 paparan
Satu Majlis Ringkas Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik Peringkat Negeri Johor telah di adakan di Dewan Raya Taman Cempaka, Johor Bahru pada 18 Oktober 2020 yang disempurnakan oleh En Mohd Amin Bin Ghazali selaku wakil rasmi Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor merangkap Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Operasi 2. Kempen ini di anjurkan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) dan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai (UTM Sustainable) bersama-sama premis yang dilesenkan iaitu Southern Strength (M) Sdn Bhd, JB Goodcare Recycle Sdn Bhd, CBH Recycle Sdn Bhd dan Tes-Amm (M) Sdn Bhd. Turut hadir dalam majlis perasmian ini adalah Penghulu Mukim Tebrau. Majlis ringkas ini diadakan dalam norma baharu berlandaskan kepada SOP pencegahan Covid-19 yang ditetapkan. Kempen yang telah dijalankan sehingga hari ini telah dapat mengumpulkan sisa elektrik dan elektronik sebanyak 10MT melebihi sasaran awal sebanyak 5MT.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup