Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Pelancaran Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik Dan Elektronik Peringkat Negeri Perlis 2020 Sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) yang Dirasmikan Oleh YB Tuan The Chai Aan
- Tahun
- 2020
- Organisasi
- DOE Perlis
- Diskripsi
- Tajuk : Pelancaran Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik Dan Elektronik Peringkat Negeri Perlis 2020 Sempena Hari Alam Sekitar Negara yang Dirasmikan Oleh YB Tuan The Chai Aan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis Sumber Asli Dan Alam Sekitar.
Tarikh : 29 September 2020
Tempat : JAS Perlis
Ringkasan : PERLIS, 29 September 2020 - Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik Peringkat Negeri Perlis telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Tuan Tehh Chai Aan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) Negeri Perlis Sumber Asli dan Alam Sekitar di Pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis. Kempen ini dianjurkan bagi memberi pendedahan dan dan meningkatkan kesedaran kepada orang ramai tentang keperluan menguruskan buangan elektrik dan elektronik dengan betul dan dapat dilaksanakan dengan lebih Environmentally Sound Management (ESM) . Ia juga diharap dapat memupuk dan meningkatkan keprihatinan dan tangngungjawab orang awam dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.
Selaras dengan pelaksanaan program pengumpulan e-waste di bawah insiatif KASA, Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik Peringkat Negeri Perlis telah dilancarkan bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2020. Pertandingan pengumpulan buangan elektrik dan elektronik juga telah dianjurkan di peringkat sekolah dan institusi pengajian awam adalah bagi memberi pendedahan kepada semua lapisan masyarakat tentang bahaya pelupusan buangan elektrik dan elektronik tanpa kawalan yang akan menjejaskan alam sekitar. Aktiviti di peringkat komuniti juga sedang dirancang bagi memberi pendedahan secara berterusan tentang pengurusan buangan elektrik dan elektronik yang selamat.