Program Gotong-Royong Membersihkan Sungai Langat Anjuran Friends Of Langat River
mdizwan 03/09/2020 0 paparan
Paparan Keseluruhan
Tajuk
Program Gotong-Royong Membersihkan Sungai Langat Anjuran Friends Of Langat River
Tahun
2020
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Diskripsi
Program membersihkan kawasan Sungai Langat anjuran <em>Friends of Langat River</em> ini dijalankan pada hari sabtu setiap minggu. Bahagian Komunikasi Strategik, selaku penyelaras menerima penyertaan wakil dari bahagian Udara dan wakil dari Bahagian Pentadbiran JAS Ibu pejabat.
Pada kali ini, peserta program berpeluang mendengar taklimat bagi eksprimen penanaman padi di kawasan perkebunan dengan menggunakan tanah bermikrob. Taklimat tersebut disampaikan oleh pegawai penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Rakan Alam Sekitar ingin mengajak ahli dan bukan ahli RAS untuk sama-sama menyertai program ini sebagai sukarelawan bagi memastikan kawasan Sungai Langat sentiasa bebas dari sampah-sarap. Sekiranya berminat untuk menyertai aktiviti ini, anda boleh lah menghubungi pegawai penyelaras iaitu Encik Sabri bin Osman (03-8871 2061, [email protected]) dan Encik Mohd Izwan bin Abdullah (03-8871 2062, [email protected])