Oleh faruzza · 17/07/2020 · 0 paparan
<h6><strong>Program Gotong-Royong Rakan Alam Sekitar Bersama Sahabat Sungai Langat pada 11 Julai 2020 Bil 2/2020 </strong></h6> Tarikh : 11 Julai 2020 (Sabtu) Masa : 8 pagi - 10.00 pagi Rakan Alam Sekitar telah menyertai program gotong-royong anjuran Sahabat Sungai Langat pada 11 Julai 2020 di Sungai Langat, Bangi, Selangor. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengutip sampah-sarap yang terdapat di sekitar kawasan Sungai Langat dan menanam pokok. Aktiviti gotong -royong ini dijalankan setiap minggu bagi memastikan kawasan sekitar Sungai Langat sentiasa berada dalam keadaan yang cantik dan bersih dari sampah sarap seterusnya menjadi kawasan rekreasi tumpuan orang ramai. Aktiviti gotong royong ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang selaku Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), dan YBhg. Dr. Nagulendran Kangayatkarasudan Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar), Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) . Rakan Alam Sekitar ingin menyeru kepada orang ramai untuk turut bersama-sama menyertai program kesukarelawan komuniti ini bagi memastikan kawasan sekitar tidak terhad di sungai supaya sentiasa kekal bersih dan cantik seterusnya dapat memberi kesedaran kepada orang awam agar tidak membuang sampah merata-rata.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup