Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

KILANG KELAPA SAWIT DI NEGERI PAHANG KOMITED DALAM MENJAGA ALAM SEKITAR BAGI MENGELAKAN SEBARANG KESAN BURUK TERHADAP KELESTARIAN ALAM SEKITAR DAN EKONOMI.

Oleh jamel · 16/07/2020 · 0 paparan

Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2020 Peringkat Negeri Pahang Bengkel Pematuhan Syarat Lesen Kilang Kelapa Sawit yang telah diadakan di The Zenith Hotel, para peserta bengkel telah melafazkan ikrar dalam mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang. Program yang telah berlangsung selama setengah hari itu telah dihadiri oleh seramai 92 orang peserta dari 71 buah kilang kelapa sawit di seluruh Negeri Pahang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar & Perladangan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin. Salah satu program pengisian dalam bengkel itu adalah lafaz ikrar yang telah diketuai oleh En Ramasamy A/L Sangkodan selaku pengerusi Kelab Kilang Kelapa Sawit Negeri Pahang. Kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 2016 dan sehingga kini hampir kesemua kilang kelapa sawit telah menyertai kelab ini dalam tujuan untuk menjaga alam sekitar bagi mengelakan kesan buruk dalam kelestarian alam sekitar dan ekonomi.

Penganjur
DOE Pahang
Fail / Media (7)
  • 20231511165412008.jpg .jpg Buka
  • 20231511165414929.jpg .jpg Buka
  • 20231511165417098.jpg .jpg Buka
  • 20231511165419604.jpg .jpg Buka
  • 20231511165421627.jpg .jpg Buka
  • 20231511165424299.jpg .jpg Buka
  • 20231511165427353.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS