Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

PROGRAM KESEDARAN TERHADAP ANCAMAN ALAM SEKITAR DI TANAH TINGGI LOJING DAN PROGRAM BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2019

Oleh ayuni · 17/03/2020 · 0 paparan

21 November 2019, LOJING - Tanah Tinggi Lojing adalah merupakan kawasan satu-satunya tanah tinggi di Negeri Kelantan yang mempunyai keunikan dari segi iklim dan persekitaran yang nyaman. Pembukaan tanah bagi kegiatan pertanian dan ladang berpotensi mengancam keunikan sifat alam sekitar dan menyebabkan berlaku pencemaran air dan tanah dalam jangka masa panjang dan sukar untuk dipulihkan. Justeru itu, program kesedaran terhadap ancaman ini perlu dilaksanakan supaya semua pihak mengambil kebertanggung jawaban dalam aspek pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar di Tanah Tinggi Lojing. Program ini bermatlamat: a) Menyampaikan dan berkongsi maklumat alam sekitar dengan mendekati komuniti pekebun dan masyarakat setempat; b) Meningkatkan kesedaran dan penjagaan alam sekitar kepada pekebun sayur dan pemilik ladang; c) Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan bersih di Tanah Tinggi Lojing Kumpulan sasaran bagi program ini adalah pekebun dan pemilik ladang di Tanah Tinggi Lojing, ‘Stakeholders’ dan masyarakat setempat / komuniti orang asli. Selaras dengan slogan Hari Alam Sekitar Negara 2019 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama', Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan dengan kerjasama Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi,Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program kesedaran ini bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Kelantan 2019. Program yang bertempat di Pusat Pentadbiran Kecil JAKOA Pos Brooke ini dengan rasminya disempurnakan oleh YB Haji Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail (JMK), Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi,Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan.  

Penganjur
DOE Kelantan
Fail / Media (19)
  • 20231511164744927.jpg .jpg Buka
  • 20231511164745863.jpg .jpg Buka
  • 20231511164746761.jpg .jpg Buka
  • 20231511164747746.jpg .jpg Buka
  • 20231511164748857.jpg .jpg Buka
  • 20231511164749828.jpg .jpg Buka
  • 20231511164750946.jpg .jpg Buka
  • 20231511164752573.jpg .jpg Buka
  • 20231511164754337.jpg .jpg Buka
  • 20231511164756418.jpg .jpg Buka
  • 20231511164758089.jpg .jpg Buka
  • 20231511164759665.jpg .jpg Buka
  • 20231511164801383.jpg .jpg Buka
  • 20231511164802913.jpg .jpg Buka
  • 20231511164804801.jpg .jpg Buka
  • 20231511164806183.jpg .jpg Buka
  • 20231511164807740.jpg .jpg Buka
  • 20231511164808970.jpg .jpg Buka
  • 20231511164811172.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS