Oleh ayuni · 04/03/2020 · 0 paparan
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan telah dijemput untuk mengadakan pameran berserta promosi keahlian rakan alam sekitar sempena Karnival Alam Hijau Sejahtera DUN Jelawat, Bachok, Kelantan pada 29 Februari 2020. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang ini adalah anjuran Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan dan telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, Yang Berhormat Haji Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail. Pendaftaran keahlian Rakan Alam Sekitar (RAS) ini telah mendapat sambutan dari para pengunjung dan juga pelajar sekolah yang hadir di dalam program tersebut.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup