Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN)2019 Peringkat Negeri Kedah ( Aktiviti- Envirohunt)

Oleh afm · 27/11/2019 · 0 paparan

HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN)  Latar Belakang  Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) merupakan satu acara tahunan yang telah dianjurkan susulan termaktubnya Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada Oktober 1989. Semenjak tahun 1991, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti sebagai usaha berterusan Kerajaan untuk menerap dan meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat Malaysia. MASM disambut pada setiap tahun dari 21 hingga 27 Oktober bersempena dengan Hari Alam Sekitar Malaysia yang jatuh pada 21 Oktober . Bersempena dengan sambutan MASM yang ke-25 pada tahun 2015, Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) telah dijenama semula dan dikenali sebagai Hari Alam Sekitar Negara, HASN (National Environment Day). Sambutan Hari Alam Sekitar Negara telah mula dianjurkan pada tahun 2016 bertempat di Kuching, Sarawak dengan tema “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”. Tema ini dipilih bertujuan untuk menanamkan sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan rakyat Malaysia.    Objektif Sambutan Hari Alam Sekitar Negara:-

Mempromosikan pendidikan dan kesedaran alam sekitar secara meluas

Menyediakan platform kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghayati alam sekitar

Memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat khususnya dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

Meningkatkan dan mengukuhkan jalinan kerjasama antara Jabatan dan Kementerian dengan pihak luar seperti kerajaan negeri, industri, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi, media dan masyarakat setempat

Penganjur
DOE Kedah
Fail / Media (10)
• 20231511164223597.jpeg .jpeg Buka
• 20231511164223635.jpeg .jpeg Buka
• 20231511164223668.jpg .jpg Buka
• 20231511164223866.jpg .jpg Buka
• 20231511164224185.jpg .jpg Buka
• 20231511164224491.jpg .jpg Buka
• 20231511164224806.jpg .jpg Buka
• 20231511164225071.jpg .jpg Buka
• 20231511164225284.jpg .jpg Buka
• 20231511164225535.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS