Penerangan
JAS Negeri Sabah telah mengadakan pameran sempena dengan Program Singgah Sains 2019@Tamu Besar Kota Belud, Sabah pada tarikh dan tempat yang berikut:
Tarikh: 23-24 Oktober 2019
Tempat: Dewan Tun Said, Kota Belud, Sabah
Program ini juga telah dirasmikan oleh YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains Perubahan Iklim dan Alam Sekitar. Program ini juga antara pengisian bagi program Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2019 Peringkat Negeri Sabah.