Penerangan
Sambutan Hari Ozon Sedunia 2019 Peringkat Negeri Pahang telah disambut meriah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan dengan penglibatan kakitangan Alam Flora Sdn Bhd, pelajar – pelajar UIAM, Kelab Media Pahang, dan orang ramai. Antara program yang berlangsung adalah pemeriksaan gas refrigerant dalam kenderaan, Plogging Challenge, hiking, pertandingan mewarna dan kuiz kesedaran lapisan ozon secara dalam talian. Program telah berjalan dengan jayanya hasil kerjasama pihak Alam Flora Sdn Bhd dan UIAM Kampus Kuantan.