PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia

"On Air" Temubual Secara Langsung Sri Aman FM 89.5

DOE Sarawak 30/09/2019 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
"On Air" Temubual Secara Langsung Sri Aman FM 89.5
Tahun
2019
Tarikh Keluaran
30/09/2019
Organisasi
DOE Sarawak

Penerangan

Topik: Program Kem Kesedaran Perlindungan Lapisan Ozon Dan Program ESTECC Education In SchoolsSempena Hari Ozon Antarabangsa 2019 Tetamu Undangan: En. Ahmad Saifful bin Salihin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak Tarikh : 30 September 2019 Masa : 10.30 pagi Program ini akan diadakan pada 9-10 Oktober 2019 dengan kerjasama Serian Palm Oil Mill melibatkan murid-murid dan guru dari SJKC Chung Hua Simanggang dan SMK Melugu dari Bahagian Sri Aman. OBJEKTIF PROGRAM ESTECC EDUCATION IN SCHOOLS
  • Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah khususnya para pelajar mengenai kepentingan sains dalam pemeliharaan dan pemuliharaan  alam sekitar;
  • Memupuk nilai murni alam sekitar di kalangan warga sekolah; dan
  • Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan.
OBJEKTIF KEM KESEDARAN PERLINDUNGAN LAPISAN OZON
  • Memberi pendedahan mengenai isu pemanasan global dan kepentingan lapisan ozon dan aktiviti/bahan yang menyumbang kepada penipisan lapisan ozon;
  • Melahirkan kesedaran kepada orang ramai khususnya kepada para pelajar berkenaan kepentingan memelihara lapisan ozon;
  • Memberikan informasi mengenai undang-undang, peraturan-peraturan dan program-program yang sedia ada berkaitan dengan kawalan penggunaan CFC di Malaysia dan di peringkat antarabangsa; dan
  • Menghebahkan maklumat tentang jadual penghapusan alternatif CFC iaitu HCFC.
Kumpulan sasaran bagi Program ESTECC Educations In Schools dan kem ini ialah murid-murid sekolah menengah dan rendah serta guru.