JAS Negeri Sarawak bekerjasama dengan PETRONAS Carigali Sdn Bhd (Sarawak Gas) menganjurkan Program
ESTECC Education In Schools dan Kem Kesedaran Alam Sekitar (Modul Pinggir Pantai) di Samalaju Resort Bintulu. Turut Membantu JAS Cawangan Bintulu dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB)
Tarikh : 27 - 29 September 2019 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Samalaju Resort, Bintulu
Peserta : 75 orang iaitu:-
- Pelajar sekolah menengah (40 orang);
- Guru (4 orang);
- Fasilitator dari agensi/Jabatan kerajaan (6 orang);dan
- Pihak Urusetia (25 orang)
Sekolah Terlibat : 4 buah sekolah iaitu:-
- SMK Baru
- SMK Kidurong
- SMK Bintulu
- SMK Sebauh
Objektif program adalah seperti berikut:
i) Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah khususnya para pelajar mengenai kepentingan sains dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar;
ii) Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tentang isu semasa alam sekitar, khususnya ekosistem pinggir pantai (marin);
iii) Mendedahkan kepada pelajar mengenai kaedah-kaedah kerja lapangan yang boleh dilakukan di pinggir pantai (marin)
iv) Memupuk semangat kerjasama serta interaksi antara para peserta;v) Mencungkil bakat pelajar terutama mengenai kepekaan mereka mengenai isu alam sekitar;
vi) Melahirkan rasa cinta kepada keindahan alam sekitar dan menanam kesedaran yang mendalam di kalangan remaja betapa pentingnya penjagaan alam sekitar; dan
vii) Melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada mutu alam sekitar serta persekitaran mereka.
Majlis Perasmian : Disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sarawak Encik Ahmad Saifful Bin Salihin. dan seramai 25 orang lagi akan dijemput terdiri daripada agensi kerajaan, organisasi (
stakeholder) di Bahagian Bintulu.