Penerangan
17 September 2019 - Satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk bagi sambutan Ekspo Hijau dan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Kelantan 2019 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Exco, Tingkat 6, Mabna MBI, Kota Darul Naim. Mesyuarat ini dipengerusikan sendiri oleh YB Haji Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail (JMK), Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar.