Oleh zu · 24/09/2019 · 0 paparan
Seminar Alam Sekitar sempena Hari Ozon Negeri Terengganu 2019 telah diadakan pada 22 September 2019 bertempat di Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu (ILPKT). Seramai 300 orang pelajar dan tenaga pengajar ILPKT telah menghadiri seminar tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah demonstrasi pengujian bunyi bising motosikal, pelepasan gas dari motosikal, pelepasan gas dari kenderaan petrol, penghawa dingin kenderaan. Demostrasi tersebut telah dijalankan oleh Unit Kenderaan Motor JAS Terengganu. Majlis penutup program telah disempurkan oleh Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah JAS Terengganu. Turut hadir sama ialah Encik Zaid bin Zahari, Pengarah ILPKT.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup