PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia

Hari Ozon Negeri Terengganu 2019 - ILPKT (seminar)

DOE Terengganu 24/09/2019 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Hari Ozon Negeri Terengganu 2019 - ILPKT (seminar)
Tahun
2019
Tarikh Keluaran
24/09/2019
Organisasi
DOE Terengganu

Penerangan

Seminar Alam Sekitar sempena Hari Ozon Negeri Terengganu 2019 telah diadakan pada 22 September 2019 bertempat di Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu (ILPKT). Seramai 300 orang pelajar dan tenaga pengajar ILPKT telah menghadiri seminar tersebut. Tiga ceramah telah disampaikan dalam seminar ini. Penceramah pertama ialah Encik Mohd Norli Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan JAS Terengganu menyampaikan ceramah bertajuk Lapisan Ozon dan Cara-Cara Melindunginya. Penceramah kedua, Puan Siti Noor Shazilla bt Zaki, Pegawai Kawalan Kanan JAS Terengganu menyampaikan ceramah bertajuk Pengurusan Buangan Terjadual di Malaysia. Penceramah ketiga ialah Puan Zuraini Mohd Sinin, Penolong Pegawai Kawalan Tinggi JAS Terengganu menyampaikan ceramah bertajuk Fungsi Jabatan Alam Sekitar. Majlis penutup program telah disempurkan oleh Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah JAS Terengganu. Turut hadir sama ialah Encik Zaid bin Zahari, Pengarah ILPKT.