PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Rakan Alam Sekitar (RAS)

Pameran Sempena Program "Environmental Legal Literacy Outreach (ELLO) : Empowering The Youth To Safeguard The Environment Through Law" Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 14(1), Putrajaya Pada 2 Mei 2019

JAS HQ - BAHAGIAN BERBAHAYA 03/05/2019 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Pameran Sempena Program "Environmental Legal Literacy Outreach (ELLO) : Empowering The Youth To Safeguard The Environment Through Law" Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 14(1), Putrajaya Pada 2 Mei 2019
Tahun
2019
Tarikh Keluaran
03/05/2019
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Program anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 14(1), Putrajaya telah dijalankan pada 2 Mei 2019. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dikalangan pelajar sekolah mengenai isu-isu berkaitan alam sekitar, dan berkongsi ilmu tentang undang-undang yang berkaitan dengannya. Seramai 160 orang pelajar sekolah SMK Presint 14(1) dan 50 orang pelajar Universiti Putra Malaysia terlibat dalam program ini.   Selain itu, program ini turut melibatkan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Kimia Malaysia, SW Corp, PERHILITAN dan sebagainya. Jabatan Alam Sekitar turut terlibat dalam menjayakan program ini dengan mengadakan pameran khas mengenai pengurusan buangan elektrik dan elektronik. Para pelajar diberi penerangan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar mengenai perkara-perkara yang berikut :
  1. Definisi "e-waste" dan Buangan Terjadual.
  2. Contoh 'e-waste" yang terdapat di rumah.
  3.  Pelupusan 'e-waste' dengan cara selamat.
  4.  Denda dan hukuman sekiranya 'e-waste' tidak diuruskan dengan betul.
Bagi menjadikan pameran ini lebih interaktif, pelajar di beri kuiz mengenai pengurusan 'e-waste' dan hadiah diberikan sekiranya pelajar dapat menjawab dengan betul. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mendedahkan pelajar mengenai pengurusan buangan elektrik dan elektronik seterusnya dapat meningkatkan tahap kesedaran dalam menjaga dan melindungi alam sekitar.