Penerangan
Mesyuarat Kerja Promosi SLAAS Sesi 2018/2019 bagi Zon Tengah telah diadakan di Bayou Lagoon Hotel, Melaka yang telah dirasmikan oleh Puan Norlin Binti Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Jabatan Alam Sekitar pada 9-10 April 2019. Mesyuarat Kerja Promosi SLAAS ini telah dihadiri oleh wakil daripada JAS Negeri Zon Tengah, JPN Zon Tengah dan semua wakil PPD Negeri Zon Tengah. Tujuan Mesyuarat ini diadakan bagi promosi SLAAS yang telah dibuka penyertaannya pada 28 Januari - 30 Mei 2019.