Penerangan
Mesyuarat Kerja Promosi SLAAS Sesi 2018/2019 bagi Zon Sabah telah diadakan di Hotel Courtyard, Kota Kinabalu, Sabah yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ruslan Bin Mohamad, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik pada 28-29 Mac 2019. Mesyuarat Kerja Promosi SLAAS ini telah dihadiri oleh wakil daripada JAS Negeri Sabah, JPN Sabah dan semua wakil PPD Negeri Sabah. Tujuan Mesyuarat ini diadakan bagi promosi SLAAS yang telah dibuka penyertaannya pada 28 Januari - 30 Mei 2019.