Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

Ekspedisi Lindungi Spesies Kita Di Gunung Nopunggok, Kota Belud, Sabah

Oleh mdizwan · 24/07/2019 · 0 paparan

Program pendakian yang dikenali sebagai "Ekspedisi Lindungi Spesies Kita" telah diadakan pada 20 April 2019 (Sabtu) di Gunung Nopunggok, Kota Belud, Sabah. Program ini dijalankan bersempena dengan Sambutan Hari Bumi 2019 Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Taman Awam Teluk Likas 1, Kota Kinabalu, Sabah dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), YB Isnaraissah Munirah Binti Majilis. Seramai 50 orang peserta dari pelbagai latarbelakang telah mengikuti program ini termasuk dari syarikat Sedafiat Sdn Bhd, Radio Televesyen Malaysia (RTM), Sabah FM melalui Geng Bubut, dan pendaki-pendaki dari sekitar Negeri Sabah serta dua orang pegawai Jabatan Alam Sekitar. Program anjuran Adventura Hikers dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar ini mempunyai objektif untuk memupuk semangat cintakan spesies flora dan fauna yang terdapat di Gunung Nopunggok, bersesuaian dengan tema Hari Bumi iaitu "Lindungi Spesies Kita". Ekspedisi melalui jalur pendakian dari Kampung Gansurai , Kota Belud ini memakan masa selama 3 jam dengan jarak sejauh 6km hingga ke puncak gunung. Gunung Nopunggok yang berketinggian 1430 mdpl ini terkenal dengan bunga terbesar di dunia iaitu bunga pakma dan merupakan bunga rasmi bagi Negeri Sabah. Pendaki ekspedisi ini berpeluang melihat sendiri keindahan bunga tersebut yang tumbuh di laluan pendakian. Selain itu, spesies periuk kera juga dapat dijumpai di puncak Gunung Nopunggok. Pendaki ekspedisi ini juga berpeluang melihat keindahan Taman Negara Kinabalu di puncak Gunung Nopunggok dan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang berdiri megah. Hawa sejuk dataran tinggi terasa nyaman dan menjadikan aktiviti pendakian menjadi lebih santai. Sambutan Hari Bumi dengan tema "Lindungi Spesies Kita" menjadi lebih bermakna apabila masyarakat Malaysia dapat melindungi spesies flora dan fauna yang terdapat di negara kita agar hidupan ini dapat dikekalkan bagi generasi akan datang.

Fail / Media (39)
  • 20231511161854550.jpg .jpg Buka
  • 20231511161854960.jpg .jpg Buka
  • 20231511161855350.jpg .jpg Buka
  • 20231511161855730.jpg .jpg Buka
  • 20231511161856120.jpg .jpg Buka
  • 20231511161856490.jpg .jpg Buka
  • 20231511161856850.jpg .jpg Buka
  • 20231511161857290.jpg .jpg Buka
  • 20231511161857670.jpg .jpg Buka
  • 20231511161858050.jpg .jpg Buka
  • 20231511161858430.jpg .jpg Buka
  • 20231511161858840.jpg .jpg Buka
  • 20231511161859250.jpg .jpg Buka
  • 20231511161859500.jpg .jpg Buka
  • 20231511161859840.jpg .jpg Buka
  • 20231511161900200.jpg .jpg Buka
  • 20231511161900510.jpg .jpg Buka
  • 20231511161900820.jpg .jpg Buka
  • 20231511161901210.jpg .jpg Buka
  • 20231511161901600.jpg .jpg Buka
  • 20231511161901860.jpg .jpg Buka
  • 20231511161902150.jpg .jpg Buka
  • 20231511161902510.jpg .jpg Buka
  • 20231511161902880.jpg .jpg Buka
  • 20231511161903240.jpg .jpg Buka
  • 20231511161903600.jpg .jpg Buka
  • 20231511161903970.jpg .jpg Buka
  • 20231511161904340.jpg .jpg Buka
  • 20231511161904710.jpg .jpg Buka
  • 20231511161905070.jpg .jpg Buka
  • 20231511161905500.jpg .jpg Buka
  • 20231511161905870.jpg .jpg Buka
  • 20231511161906270.jpg .jpg Buka
  • 20231511161906640.jpg .jpg Buka
  • 20231511161907020.jpg .jpg Buka
  • 20231511161907390.jpg .jpg Buka
  • 20231511161907780.jpg .jpg Buka
  • 20231511161908160.jpg .jpg Buka
  • 20231511161908520.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS