PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Rakan Alam Sekitar (RAS)

Pameran Jabatan Alam Sekitar Sempena Walkabout MESTECC 2019

JAS HQ - BAHAGIAN BERBAHAYA 08/03/2019 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Pameran Jabatan Alam Sekitar Sempena Walkabout MESTECC 2019
Tahun
2019
Tarikh Keluaran
08/03/2019
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Pada 28 Januari 2019 bertempat di Hotel Zenith, Putrajaya, telah berlangsung Program MESTECC 2019: Kuasai. Laksana. Ungguli. (Own it. Do it. Ace it.) yang telah dirasmikan oleh YB Puan Yeo Bee Yin (Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim). Yang turut hadir ke program ini ialah YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis (Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) dan YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Hj. Yahaya (Ketua Setiausaha, MESTECC). Program ini telah dijayakan dengan kehadiran lebih daripada 1,500 orang  jemputan antaranya ialah Senator, Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli-ahli Pengurusan Tertinggi MESTECC, Warga MESTECC, para guru dan pelajar sekolah, wakil-wakil media dan penduduk di sekitar Putrajaya. Jabatan Alam Sekitar turut terlibat dalam program ini melalui beberapa program dan antaranya adalah melalui pameran. Permainan interaktif alam sekitar telah dijalankan melalui penggunaan aplikasi Kahoot! dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pengunjung. Selain itu juga, Jabatan Alam Sekitar turut mempamerkan komponen-komponen yang terdapat dalam barangan elektronik seperti komputer dan sebagai nya. Penerangan mengenai buangan barangan elektrik dan elektronik berjadual telah disampaikan oleh pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar  kepada pengujung. "Booth" pameran Jabatan Alam Sekitar juga turut dikunjungi oleh YB Puan Yeo Bee Yin, YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis, YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Hj. Yahaya dan Dr. Nagulendran Kangayatkarasu selaku Timbalan Ketua Setiausaha Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.