Penerangan
Pertandingan Kuiz Alam Sekitar sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Pahang 2018 telah diadakan pada 4 hingga 6 Mei 2018 di Kem PLKN, Tasik Chini, Pekan .Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Pahang akan diadakan serentak dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 21 Oktober 2018. Pertandingan Kuiz ini diadakan bertujuan untuk mengalakkan pelajar mengenali alam sekitar serta memupuk semangat mencintai dan menjaga alam sekitar.Pertandingan kuiz ini telah melibatkan 40 buah sekolah menengah bagi semua daerah di Negeri Pahang. Setiap sekolah diwakili oleh 4 orang pelajar serta seorang guru pengiring .Disamping pertandingan kuiz juga diadakan kem kesedaran alam sekitar(KeKAS) bersama guru dan murid.Banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan diantaranya senamrobik,berjalan malam ,mengenali pokok-pokok hutan,merentas tasik dan jamuan hari raya.