Penerangan
Aktiviti mewarna ditaja sepenuhnya oleh Rakan Strategik JAS Terengganu iaitu Syarikat Optimistic Organic Sdn. Bhd. Seramai 80 orang pelajar pra sekolah telah menyertai pertandingan tersebut. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB. Dr. Haji Alias Razak, EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri dan Penolong Pengarah En. Amri Mohd Yusof.