Penerangan
Aktiviti Larian Hijau ditaja oleh Rakan Strategik JAS Terengganu iaitu PETRONAS. Seramai 100 orang pelajar tahun 6 telah menyertai aktiviti ini. Ianya adalah aktiviti yang berbentuk sukan dan akademik. Di mana 3 check point disediakan bagi peserta menjawab soalan-soalan yang berkaitan PETRONAS dan alam sekitar. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Dr. Haji Alias Razak, EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri serta KPP Pembangunan En. Mohd Norli Abdullah.