PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Anugerah Langkawi

Anugerah Langkawi Kelestarian Alam Sekitar Tahun 2017/2018 – Kategori Pertubuhan Organisasi Dimenangi Oleh Sime Darby Plantation Berhad

DOE WP Putrajaya 07/12/2018 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Anugerah Langkawi Kelestarian Alam Sekitar Tahun 2017/2018 – Kategori Pertubuhan Organisasi Dimenangi Oleh Sime Darby Plantation Berhad
Tahun
2018
Tarikh Keluaran
07/12/2018
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Tahniah di ucapkan kepada Sime Darby Plantation Berhad yang telah dipilih sebagai Penerima Anugerah Kategori Pertubuhan Organisasi – ANUGERAH LANGKAWI – KELESTARIAN ALAM SEKITAR 2017/2018 dan menerima sijil, plak perhargaan serta wang tunai RM10,000. Anugerah Langkawi-Kelestarian Alam Sekitar merupakan anugerah paling berprestij bagi menghargai warganegara Malaysia dan orgamsasi yang telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam kelestarian alam sekitar. Penganugerahan ini adalah salah satu dan pada pengisian sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Malaysia (HASN) pada setiap tahun yang bermula pada tahun 1991, selaras dengan Deklarasi Langkawi yang telah ditandatangani oleh Ketua-ketua Negara Komanwel pada tahun 1989. Tiga kriteria utama dalam penilaian anugerah ini ialah:- Pertama - calon dinilai melalui tahap kecemerlangan dan sumbangan mereka dalam bidang yang spesifik atau kombinasi bidang-bidang yang berkaitan alam sekitar. Kedua - calon dinilai dan segi sumbangan berbentuk penulisan pendapat-pendapat, keahlian jawatan kuasa dalam pertubuhan, sumber kewangan, harta benda, tenaga dan masa yang disumbangkan. Ketiga - penilaian adalah berdasarkan kegiatan calon ke arah meningkatkan penyertaan orang awam dalam perlindungan alam sekitar. Anugerah telah disampaikan oleh YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) bersempena Hari Alam Sekitar Negara di Hotel Marriott, Putrajaya. Tahniah dan Syabas diucapkan!