Penerangan
Program Konservasi Bukit Broga bersama protege All Women Expedition to Antarctica - AWETA , Siti Jumaidah Bte Hj. Bensali merupakan anjuran Jabatan Alam Sekitar dan Julieda Aerodance dan telah dijalankan pada 25 November 2018 di Bukit Broga, Semenyih.
Program ini mengumpulkan seramai 90 orang peserta dari pelbagai peringkat usia. Antara objektif program ini adalah untuk membersihkan Bukit Broga dari sampah sarap yang terdapat di sepanjang laluan pendakian di samping memberi sokongan kepada protege AWETA dalam melaksanakan misi penting negara. Sebanyak 4 guni sampah berjaya dibawa turun dari Bukit Broga.
Program ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Datuk Marina Chin, bekas pelari pecut negara dan kerap mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
YBhg. Datuk Marina Chin telah menyampaikan plak penghargaan dan sijil penyertaan kepada semua peserta Program Konservasi Bukit Broga dan berharap agar progam sebegini dapat diteruskan di masa hadapan.