Penerangan
Bengkel Pemantapan serta Pengukuhan Program Rakan Alam Sekitar (Penyediaan Pameran Interaktif) ini adalah bertujuan untuk memberi latihan kepada semua pegawai Jabatan Alam Sekitar mengenai elemen gamification dalam pameran dan penggunaan perisian Adobe Illustrator serta aplikasi-aplikasi terkini bagi penyediaan bahan-bahan infografik, e-poster dan juga video pendek yang berkaitan dengan alam sekitar.
Konsep gamification dalam pameran interaktif di sampaikan oleh Prof. Madya Dr. Shahrul Mizan Bin Ismail, seorang pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) manakala ceramah mengenai penyediaan bahan ifografik, e-poster dan video pendek disampaikan oleh Encik Mokhtar Bin Tamby Ahmad . Setelah sesi ceramah dan juga latihan praktikal mengenai penggunaan perisian Adobe Illustrator, para peserta diberi tugasan untuk menghasilkan sendiri bahan infografik secara berkumpulan dan pembentangan akan dinilai oleh Encik Mokhtar Bin Tamby Ahmad.