PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

Pra Pelancaran E-Waste Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2017 Peringkat Kebangsaan di Negeri Sembilan

DOE Negeri Sembilan 15/05/2018 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Pra Pelancaran E-Waste Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2017 Peringkat Kebangsaan di Negeri Sembilan
Tahun
2017
Tarikh Keluaran
15/05/2018
Organisasi
DOE Negeri Sembilan

Penerangan

Program ini dilaksanakan selaras dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara  2017  Peringkat Kebangsaan  yang akan dijalankan di d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan. Program ini akan melibatkan penyertaan orang awam atas dasar untuk memberikan pendedahan kepada semua berkenaan kepentingan menjaga alam sekitar, khususnya pengurusan buangan elektrik dan elektronik daripada isirumah selaras dengan program Household E-Waste Alam Alliance yang dilancarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Program pelancaran ini melibatkan kerjasama strategik antara Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Kualiti Alam Sdn Bhd, Shan Poornam Metals Sdn Bhd, dan Petron Malaysia Sdn Bhd bersama pusat pengumpulan yang terdiri daripada hypermarket dan pusat pengumpulan berdaftar yang mengumpul buangan elektrik dan elektronik tersebut.