Penerangan
Program Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS) Tahun 2017 diadakan bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2017 pada 18 & 19 November 2017 bertempat di Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri, Sarawak dan merupakan anjuran bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dan Petronas Carigali Sdn Bhd. Program KeKAS pada tahun ini disertai oleh 50 orang pelajar dari 5 buah sekolah menengah iaitu SMK St. Columba, SMK Baru Miri, SMK Lopeng Tengah, SMK St. Joseph dan SMK Luak. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Adam Yii Siew Sang, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Miri (MBM).