Penerangan
Merupakan program sampingan sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2017. Anjuran bersama oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dan Sarawak Energy Berhad (SEB) dengan penyertaan yang amat menggalakkan iaitu lebih kurang 300 orang peserta. Laluan berbasikal EnviroRide pada tahun ini adalah sejauh 30 KM di sekitar bandaraya Kuching. Program berlangsung pada 21 Oktober 2017 dengan Start/Finish Point ialah di Menara Sarawak Energy, Kuching, Sarawak.