Oleh chai · 04/12/2017 · 0 paparan
1.1 Daerah Kuala Penyu merupakan sebahagian jajahan yang berada dalam Semenanjung Klias yang mana merupakan kawasan tanah gambut terbesar Negeri Sabah. Daerah ini mempunyai keluasan 45,326 hektar termasuk Daerah Kecil Menumbok 19,166 hektar. Kawasan tanah gambut dalam daerah ini merangkumi 70% yang terletak dalam Mukim Mentabawan, Bundu, Kerukan dan Kilugus. 1.2 Berdasarkan rekod kejadian pembakaran terbuka bagi tahun-tahun sebelum ini, pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut sering berlaku di 4 mukim ini. Susulan itu di bawah Program Pengurusan Pencegahan Pembakaran Terbuka di kawasan Tanah Gambut juga telah melaksanakan beberapa projek pencegahan seperti pembinaan telaga tiub dan pemasangan papan tanda dalam kawasan 4 mukim tersebut. 1.3 Bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat kampung serta meningkatkan pencegahan aktiviti pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut dalam Daerah Kuala Penyu, adalah dicadangkan Program Turun Padang untuk berjumpa dengan pemimpin masyarakat dan juga komuniti kampung yang terletak dalam kawasan tanah gambut atau bersempadanan dengan Hutan Simpan Tanah Gambut perlu dilaksanakan. Cadangan program yang perlu dilaksanakan tersebut adalah seperti berikut:- a) Program Seminar Kesedaran Pencegahan Pembakaran Terbuka Di Kawasan Tanah Gambut kepada Pemimpin Masyarakat Dan Majlis Apresasi Jasa Agensi Kerajaan/Individu/Syarikat Dalam mengawal Serta Menangani Kes Jerebu Setempat Daerah Beaufort pada Tahun 2016. b) Program Kesedaran Pencegahan Pembakaran Terbuka Di Kalangan Masayarakat Setempat / Komuniti Kampung-Kampung Di Kawasan Tanah Gambut
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup