Penerangan
Program "Let's Be Friend, Nature" ini diadakan pada 13/11/17 di Tabika Perpaduan Pangsapuri Perda, Bukit Mertajam. Program Rakan Alam Sekitar (RAS) ini melibatkan seramai 19 orang pelajar tabika yang berumur 5 dan 6 tahun. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai pemeliharaan alam sekitar. Diantara aktiviti yang diadakan adalah menanam pokok, senamrobik dan pengasingan sisa buangan. Program ini dihadiri oleh Dr. Chang Sin Hwa, pensyarah Falkulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Pulau Pinang.