Penerangan
Sempena HASN 2017 Peringkat Negeri Terengganu, Anugerah Prestasi telah diberikan kepada premis yang telah mencapai prestasi yang cemerlang dalam kategori masing-masing. Tempoh penilaian adalah Jan 2016 hingga 30 September 2017. Turut disampaikan adalah sijil penghargaan kepada rakan strategic JAS Terengganu yang telah turut serta menjayakan HASN 2017. Anugerah prestasi telah disampaikan oleh YB Haji Ir. Rosli bin Othman, EXCO Portfolio Alam Sekitar Negeri dan YB Haji A. Rahman Yahya, Pegawai Kewangan Negeri. Sijil Penghargaan telah disampaikan oleh Puan Muhibbah Selamat, Pengarah JAS Terengganu.