Penerangan
Kem Selamatkan Lapisan Ozon sempena HASN 2017 Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada 20 & 21 Oktober 2017 bertempat di Pusat Alam Sekitar Ecocare, Kerteh. Antara aktiviti yang dijalankan dalam kem tersebut ialah sesi ceramah oleh wakil Bahagian Udara - En. Mohd Afiq, aktiviti menanam pokok yang turut disertai oleh Pengarah JAS Terengganu - Puan Muhibbah dan Duta JAS Terengganu - Mat Dan. Kem ini juga diadakan sempena Hari Ozon Sedunia yang disambut pada 16 September setiap tahun.