PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

PROGRAM PENGUMPULAN BAHAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) ISI RUMAH SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI 2017 BERTEMPAT DI DATARAN TANGKAK, JOHOR (1)

24/07/2019 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGUMPULAN BAHAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) ISI RUMAH SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI 2017 BERTEMPAT DI DATARAN TANGKAK, JOHOR (1)
Tarikh Keluaran
25/10/2017

Penerangan

Malaysian Book Of Records (MBOR) mengiktiraf pengumpulan terbanyak Barangan Buangan Elektrik dan Elektronik (e-Waste) Isi Rumah sebanyak 36,144 kilogram di Tangkak, Johor. Pengiktirafan itu diumumkan Penolong Pengurus Penyelidikan dan Pemasaran MBOR, Ayman Izzaz Mujab dalam sambutan Hari Bumi yang dirasmikan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Yang turut hadir, Timbalan Menterinya, Datuk Ir. Hamim Samuri yang juga Ahli Parlimen Ledang; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat dan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Datuk Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim. Pengumpulan terbanyak sisa buangan tersebut merupakan paling tinggi buat masa ini hasil kerjasama penduduk dan pelbagai pihak di sekitar daerah berkenaan. Program tersebut dijalankan melalui penglibatan bersama masyarakat setempat bermula 10 April hingga Rabu lalu di lapan lokasi pengumpulan sekitar pekan itu. Antara barangan yang berjaya dikumpul termasuklah televisyen, peti sejuk, penghawa dingin, mesin basuh, telefon bimbit, komputer peribadi dan pelbagai peralatan elektrik serta elektronik lain.