Penerangan
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Jabatan Alam Sekitar dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah diadakan yang bertujuan mewujudkan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam usaha pemuliharaan, pendidikan dan kesedaran alam sekitar.
Memorandum Persefahaman ini telah ditandatangani oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ahmad Kamarulnajuib bin Che Ibrahim, Ketua Pengarah, Jabatan Alam Sekitar dan Yang Berbahagia Datuk Wira Roslan Ab. Rahman, Ketua Pegawai Korporat Tenaga Nasional Berhad.
Jabatan Alam Sekitar telah mewujudkan Program Rakan Strategik Jabatan Alam Sekitar iaitu satu program yang memberi fokus mengenai `Kerjasama dalam Pelaksanaan Program Kesedaran Alam Sekitar dan Rakan Alam Sekitar’ yang telah bermula pada tahun 2013. Sehingga kini sebanyak 366 organisasi telah menjadi Rakan Strategik Jabatan Alam Sekitar di bawah program tersebut.