Oleh azwan · 25/10/2017 · 0 paparan
Majlis Pra Pelancaran Hari Alam Sekitar Negara (HASN 2017) telah diadakan di Hotel Thistle, Negeri Sembilan. Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Ir. Dr. Haji Hamim Bin Samuri Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Majlis Pra Pelancaran ini diadakan sebagai mempromosi sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2017 yang akan dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan pada 21 Oktober 2017 bertempat d’Tempat Country Club, Sendayan, Negeri Sembilan. Negeri Sembilan telah dipilih sebagai tuan rumah Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2017 Peringkat Kebangsaan. Sambutan Hari Alam Sekitar Negara pada tahun ini turut akan dianjurkan secara serentak di seluruh negara. Dalam Majlis Pra Pelancaran itu turut diadakan aktiviti pembersihan pantai 'Let's Clean Our Beach' di kawasan resort. Aktiviti tersebut bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan orang awam terhadap kepentingan mengekalkan kebersihan pantai.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup