Penerangan
Kem Kesedaran Alam Sekitar yang bertemakan Perubahan Iklim untuk 60 pelajar Tingkatan 4 dilaksanakan bersempena dengan Sambutan Hari Bumi 2017. Kem ini merupakan anjuran bersama Rakan Strategik JAS iaitu Repsol Oil & Gas Limited Berhad.
Kem ini diadakan pada 20 April 2017 bertempat di Raintree Beach Resort, Tuaran dan kem ini dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah.