World Environment Day (WED) Peringkat Negeri Terengganu 2017 telah dilangsungkan pada 5 Jun 2017 bertempat di Dewan Syarahan Wisma Darul Iman. Perasmian Penutup Program WED berkenaan telah disempurnakan oleh YB Ir. Haji Rosli Othman, EXCO Portfolio Alam Sekitar Negeri Terengganu. Dua aktiviti utama yang telah dilaksanakan ialah :
- Taklimat Environmental Impact Assessment Guidelines in Malaysia (EGIM) 2016 yang telah disampaikan oleh KPPK Puan Rohimah Ayub dan PPKT Norazaman Hamzah dari Bahagian Penilaian Ibu Pejabat . Sesi pertama ialah taklimat kepada semua pegawai teknikal JAS Terengganu dan sesi kedua taklimat kepada agensi kerajaan yang berkaitan ; dan
- Agihan Bubur Lambuk oleh YB EXCO Portfolio Alam Sekitar Negeri, YB Ir. Haji Rosli Othman, Pengarah JAS dan Rakan Strategik JAS Terengganu. Sebanyak 1000 bekas bubus lambuk telah diagihkan kepada orang awam dan kakitangan Wisma Darul Iman.
Kempen penambahan ahli RAS turut dilakukan.