Penerangan
Kolej Professional MARA Bandar Melaka (KPM) bersama JASNM telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial (CSR) bersempena dengan sambutan Hari Bumi 2017 di Pusat Pendidikan Biodiversiti, Tanjung Tuan Melaka pada ketentuan berikut :
Tarikh : 8 April 2017 (Sabtu)
Masa : 7 pagi – 7 petang
Banyak aktiviti telah dilakukan antaranya Program Jom Tanam Pokok Bakau di sekitar pantai Pusat Pendidikan Biodiversiti, Tanjung Tuan Melaka, senamrobik, aktiviti Pengawasan air Marin, aktiviti kutip sampah, lawatan ke Pusat Pendidikan Biodiversiti, Tanjung Tuan dan aktiviti Mesra Alam.
Program tersebut juga telah dirasmikan oleh Pengarah Kolej Professional MARA Bandar Melaka (KPM).