PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

SAMBUTAN HARI BUMI 2017 DAN PROGRAM PENGUMPULAN BAHAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK ISI RUMAH, DATARAN LEDANG, TANGKAK JOHOR PADA 22 APRIL 2017

24/07/2019 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN HARI BUMI 2017 DAN PROGRAM PENGUMPULAN BAHAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK ISI RUMAH, DATARAN LEDANG, TANGKAK JOHOR PADA 22 APRIL 2017
Tarikh Keluaran
25/04/2017

Penerangan

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor telah menganjurkan program Pengumpulan Bahan Buangan Elektrik dan Elektronik Isi Rumah atau Household Electrical and Electronic Waste (e-waste) bersempena dengan sambutan Hari Bumi 2017 di Dataran Ledang, Tangkak, Johor. Majlis bagi sambutan tersebut adalah disempurnakan oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.   Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai pengurusan dan pelupusan e-waste secara selamat. Jenis-jenis e-waste yang akan dikumpulkan adalah seperti mesin basuh terpakai, televisyen, komputer, telefon bimbit, peti ais dan pelbagai alatan elektrik dan elektronik terpakai Program ini mensasarkan pengumpulan sebanyak 31,440 kilogram e-waste bagi mencatat rekod baru dalam Malaysia Book of Records. Pelbagai aktiviti tambahan yang menarik seperti cabutan bertuah, pameran dan sebagainya turut diadakan. https://www.bharian.com.my/node/274668