Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

MAJLIS LATIHAN UJI CUBA PROSEDUR TETAP OPERASI BAGI MENCEGAH KEBAKARAN TANAH GAMBUT BERSEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2017 PERINGKAT NEGERI JOHOR

Oleh hazereen · 11/04/2017 · 1 paparan

<a href="https://www.youtube.com/watch?v=SFlKNEbdG9w&amp;feature=youtu.be">https://www.youtube.com/watch?v=SFlKNEbdG9w&amp;feature=youtu.be</a> Majlis Uji Cuba Prosedur Tetap Operasi Mencegah Kebakaran Tanah Gambut bersempena sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Johor 2017 telah diadakan di lokasi tube well dan check dam di Parit Sembilan, Air Papan, Mersing, Johor pada 10 April 2017. Majlis julung kali ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Ayub bin Haji Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan. Majlis dihadiri oleh Jabatan dan Agensi Negeri Johor dan Daerah Mersing serta Ketua-ketua kampug, wakil masyarakat dan penduduk setempat bagi memberi pendedahan kepada prosedur tetap operasi (SOP) tersebut dan berlatih bersama bagi menghadapi kemungkinan kebakaran di tanah gambut seperti yang berlaku di Gunung Arong, Mersing pada tahun 2016. SOP yang telah diwujudkan ini akan dapat memberikan penerangan yang lebih jelas kepada semua agensi yang berkaitan dalam melaksanakan dan menggerakan tindakan menangani kebakaran tanah gambut yang berlaku di suatu kawasan khususnya di Daerah Mersing ini. Program uji cuba SOP pada hari ini adalah yang pertama kali diadakan di Negeri Johor dan diharapkan akan dapat memberikan banyak manafaat kepada agensi yang terlibat secara langsung dalam mengenal pasti kelemahan-kelemahannya serta membuat penambahbaikan yang boleh dibuat terhadap SOP serta memperlihatkan kepada rakyat usaha dan persediaan Kerajaan dalam menghadapi kemungkinan kebakaran di tanah gambut bagi manfaat rakyat khususnya di Daerah Mersing. SOP Mencegah Kebakaran Tanah Gambut bagi mengawal jerebu di Malaysia telah pun diujudkan sejak 2009 bertujuan untuk mewujudkan penyeragaman prosedur dalam melaksanakan Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Untuk Mengatasi Jerebu. SOP ini telah dikemaskini pada tahun 2010, 2012 dan terakhir pada 2015 bagi menambaik baik SOP sediada sesuai dengan keadaan semasa. <strong> </strong>

Penganjur
DOE Johor
Fail / Media (2)
  • 20231511153807095.jpg .jpg Buka
  • 20231511153807125.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS