Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

Flex Earth Day Challenge sempena Hari Bumi Negeri Johor Pada 11 Mac 2017

Oleh hazereen · 24/07/2019 · 0 paparan

Program ini adalah kerjasama diantara Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dan Flex PTP Johor bertujuan menanamkan sifat cintakan alam semulajadi dan pemuliharaan ekosistem paya bakau dengan penanaman 130 anak pokok bakau di kawasan Taman Negara Tanjung Piai. Penanaman pokok dilaksanakan bersama-sama oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Jabatan dan Agensi dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Flex PTP Johor. Program dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato. Dr Mohammad Ezanni bin Mat Salleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor "Flex Earth Day Challenge" sempena Hari Bumi 2017 di  Taman Negara Tg Piai ini adalah  kerana kepentingan Taman Negara sebagai kawasan RAMSAR yang perlu dijaga demi untuk generasi akan datang dan sebagai ekosistem hutan bakau yang perlu dipelihara dari sebarang ancaman pencemaran terutamanya dari aktiviti perkapalan serta kedudukanya di kawasan lalauan kapal yang tersibuk didunia.  Ekosistem bakau adalah penting kerana sifatnya yang dinamis yang sentiasa berubah dari masa kesemasa dan dari musim kemusim. Selain itu ekosistem bakau membentuk sistem rangkaian dan siratan makanan bagi berbagai spesis.   Kita mahukan pembangunan tetapi kita juga perlu pastikan pokok-pokok bakau di Taman Negara ini  dapat dipertahankan dan ditambah demi kelestarian bumi ini. Hari Bumi disambut pada 22 April setiap tahun dimana hari bumi pertama telah disambut pada 22 April 1970. Ia telah menggerakkan 20 juta rakyat Amerika dari pelbagai lapisan masyarakat dan telah dilabelkan sebagai pencetus kepada pelbagai gerakan alam sekitar di seluruh dunia. Tema Earth Day pada tahun 2017 adalah Environmental and Climate Literacy. #HariBumiNegeriJohor2017 #MarchForScience #EarthDay2017  

Fail / Media (5)
  • 20231511153806375.jpg .jpg Buka
  • 20231511153806555.jpg .jpg Buka
  • 20231511153806685.jpg .jpg Buka
  • 20231511153806845.jpg .jpg Buka
  • 20231511153806925.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS