Oleh norlynn · 24/07/2019 · 0 paparan
Majlis Pelancaran Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Murid-Murid TABIKA KEMAS Sempena Hari Bumi Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2016 dijalankan pada 22 April 2016 bertempat di TABIKA KEMAS Kampung Tabuan Hilir, Bahagian Kuching, Negeri Sarawak. Program kesedaran bersama murid-murid pra sekolah atau TABIKA KEMAS ini dijalankan setiap tahun sejak tahun 2013 dan bertujuan untuk: <ol> <li>Memberi pendedahan awal kepada murid-murid pra sekolah berkaitan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar ;</li> <li>Mempromosi dan memberikan pendedahan kepada murid-murid pra sekolah berkaitan pengurusan sisa, sampah sarap dan buangan yang perlu dikendalikan dengan sewajarnya ; dan</li> <li>Mempromosikan modul-modul kesedaran alam sekitar kepada para penyelia dan guru yang terlibat di dalam pendidikan pra sekolah.</li> </ol> Selain itu, maklumat atau pamplet sebarang artikel/penerbitan berkaitan alam sekitar disampaikan kepada ibu bapa para pelajar supaya ianya menjadi amalan harian keluarga berkenaan.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup