PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2016

DOE Sarawak 28/02/2017 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2016
Tahun
2016
Tarikh Keluaran
28/02/2017
Organisasi
DOE Sarawak

Penerangan

  Susulan cetusan idea YB Menteri NRE maka pada tahun ini NRE telah bersetuju menjenamakan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) kepada Hari Alam Sekitar Negara, HASN (National Environmental Day). Perasmian Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Kuching, Sarawak pada 22 Oktober 2016 (Sabtu) akan dilancarkan serentak di seluruh negara. Tema HASN pada tahun ini adalah “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”. Beberapa aktiviti dirancang semasa berlangsungnya sambutan berkenaan seperti:
  1. Cabaran Kayuhan Hijau 24 Jam Tanpa Henti – Flag Off pada 21/10/2016
  2. Enviro Ride pada 22/10/2016
  3. Senamrobik
  4. Pameran Agensi Kerajaan dan Karnival Usahawan
  5. Kuiz Alam Sekitar
  6. Pameran Rekacipta dari Bahan Buangan
  7. Saringan Kesihatan Percuma
  8. Promosi Pengutipan "Electronic Waste"
Kaunter akan dibuka oleh pihak kontraktor Shan Poornam di Booth pameran untuk pengutipan E-waste dari orang ramai. Saguhati akan diberikan kepada mereka yang membawa e-waste buangan elektrik dan elektronik dari rumah.
  1. Pemeriksaan Percuma Kenderaan & Ujian Pelepasan Asap Kenderaan
  2. Cabutan Bertuah