Penerangan
Sebanyak 21 Agensi Swasta telah menandatangani MOU atau Memorandum Persefahaman bagi kerjasama dalam melaksanakan program kesedaran alam sekitar di bawah Program RAS. Majlis menandatangani persefahaman ini disaksikan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia iaitu Y.B. Dato’ Dr. James Dawos Mamit, Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Negeri Sabah iaitu Datuk Masidi Manjun dan juga Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia iaitu Y.Bhg. Dato’ Halimah Hassan.